m
e
s
s
a
g
e
FFFFFUUUUUUUU  - Rage Face Comics

April 19, 2012

Pemulihan Hidupan Air

Assalamualaikum dan Salam satu Malaysia readers sekalian.

Korang sekarang sihat ke tak? *ayat mintak perhatian* hah?! tengah dating kat tepi
sungai ke? elehhh nak ambil fellings latu :p ingat aku tak tau? haha aku ni orang
yang berpengalaman la of course tau *berdiri sambil buat badan tegap* korang nak
berdating boleh.Tapi segala plastik or botol jangan sesekali baling dalam sungai.

Kalau aku dapat tau memang aku kasi makan ayam KFC.Eh silap-silap ayam basi.Elehh
mentang-mentangla aku jadi ahli kelab Pecinta Alam walaupun bukan 100 % pecinta
alam.Dulu masa aku form 1 memang aku bengang kat cikgu -,- sebab tak fasal-fasal
nama aku yang murni ni dipilih jadi ahli kelab pecinta alam.

Maybe sebab nama aku yang murni ni cikgu pilih? eh,perasan.Time tu tengah ada
perhimpunan lepas rehat.Perut pun dah buncit.Mata mula layu.Baru habis rehat
lakan.Berdiri bawah matahari yang panas macam ...... emm? panas macam apa?!
tak taula macam mana nak cakap.Yang pasti panas.

Tetiba ada satu pengumuman "Perhatian kepada ahli kelab pecinta alam,sila pergi
ke bilik seni selepas ini".Okey aku bengang.Dah la panas.Haishhh cerewat la
kaw ni Syiffa.Lelaki malang la dapat kaw.Eh lelaki yang dapat aku paling bertuah
dalam dunia ni sebab aku selalu berkorban *perasan tahap gedik gaban*

Aku pun berjalan ala-ala hulk yang badan hijau tu pergi bilik seni.Then,Cikgu Mazlan
datang.That is cikgu aku for kelab pecinta alam.Kalau dalam kelas dia cikgu Bahasa
Malayu aku.Dia mula bukak cerita "Saya panggil kamu semua ke sini sebab saya nak
anjurkan satu aktiviti untuk kamu semua. *Semua students muka happy sampai buat iklan colgate"

Bla bla bla.Pot pet pot pet.Akhirnya habis.Aku tak nak ambil tau semua tu yang aku
nak ambil tau fasal yuran xD.Okey sapa ada soalan? *angkat tangan* aku orang
pertama yang angkat tangan.Habis satu kelas bau ketiak masham aku ni :D.Cikgu
yuran berapa? yuran?! ohh yuran tak ada.Semua free.Kerajaan yang anjurkan.

Then,cikgu bagi kertas surat kebenaran waris.Malam tu jugak aku suruh ibu aku sign.
Pagi tu aku tengok ibu aku cancel kan "tidak membenarkan" maknanya ibu aku bagi
aku pegi.Sampai sekolah aku terus cari cikgu.Dah bagi semua.And esok kena ready.
Sebab nak pergi tu esok.

Esok menjelma.Dalam kelas aku cuma aku,Tasnim and Shalini yang pakai baju sukan.
Okey nampak pelik.Orang lain pakai baju kurung.Dalam kelas tu cuma nampak tiga
orang budak yang pakai baju biru.Haha.Ada aku kisah? xD tengok jam dah pukul
1.30 aku terus pergi balai menunggu.Elokla nama pun balai menunggu.

Sebab lama jugak aku tunggu bas datang ambil.Hasihh -.- tunggu punya tunggu
datang pun.Lokasinya kat Billion.Belakang Billion tu memang ada sungai.Boleh
mandi tak ? :D eh kaw jangan buat muka exited -.- aku rasa anjing pun tak
berani nak minum air sungai tu.Bukan nak mengutuk tapi kenyataan.

Tau tak cikgu aku kata apa? sungai Sungai Petani adalah sungai nombor dua yang kotor
dalam Malaysia.Haha.Sungai pertama adalah Sungai Pulau Pinang.Okey malu sikit
ja sebagai penduduk Sungai Petani :p hoho.Naik bas dalam 5 minit dah sampai.Memang
dekat ja dengan sekolah aku.

Time tengah dengar ceramah tu ada abang dengan kakak-kakak jalan ramai datang
serbu khemah ceramah tu.Aku dah agak mesti ada sekolah lain akan join.Okey,aku
buat muka selamber aku :D.Tetiba ada kakak ni duduk depan aku.Aku baca kat
seluar dia ada tulis IPSAH.Ohh,kiranya nya institut pengajian Sultan Abdul Halim la?

Patut la aku tengok muka semua dah matang.Memang mata aku tak sawan lagi.Okey
bagus.Then kakak depan aku ni pusing belakang.Aku tau dari memek muka dia nak
cakap dengan aku. *perasan gedik gaban* memang betul apa yang aku jangka.Dia cakap
macam ni :

Kakak:Adik,tak da budak laki ka?
Aku:Tak da *buat mesra* ni sekolah convent memang tak ada laki.
Kakak:Alaa..tak ada laki ka?
Aku:*mula nak bengang tapi control mesra lagi* tak adala sebab ni convent.Kenapa?
Kakak:Akak nak mengorat.
Aku:Laa..ni kan ada abang-abang *sambil tunjuk abang-abang kat depan*
Kakak:Tak nak.Nak laki muda.
Aku:Owhh xD *tahan gelak*

Haha.Aku tak sangka pulak ada orang jenis macam ni.Aku ingat orang tua yang selalu
meggatal dengan anak dara.Rupanya zaman dah semakin moden.Haha :D oh ya tau tak
kerajaan keluarkan 8 Billion untuk nak pulihkan sungai di Malaysia ni ! fuyooo
aku tabiklah kerajaan. *tangan di kepala*

Untung jugak aku pergi aktiviti pemulihan hidupan air ni.Sebab first,aku tak payah
nak study hari ni kat sekolah *anak dara yang perlukan hiburan* second,aku dapat
banyak woo barang free.Haha.Aku dapat beg,buku nota,pen,topi,baju and makanan.
Okey makanan tu tak payah cakap la memang free. xD haha.

Aktiviti aku mula start dengan buat Mud balls.Haha.Tengok nama pun dah tau macam
mana kan bentuk Mud balls tu.Memang aku tak tau macam mana nak cakap.Mula-mula
ketua ceramah tu bahagikan students 80 orang into 8 group.Maknanya satu group 10
orang.Tak kirala senior or junior semua mix.

Aku,Tasnim and shalini satu group dengan lagi 7 orang kakak senior.Okey kakak senior
ni okey ja plus funny.First dua orang kaka senior ni pergi ambil 2 timba tanah.Aku
tengok macam tanah.But bila diorang dah letak depan mata dan hidung aku ya Allah ya
tuhanku.Sepanjang aku hidup.Nilah benda laing busuk pernah aku bau.Sumpah ! aku tak tipu.

Tanah yang aku tengok sekarang ni rupa-rupanya sampah yang dah diperoseo jadi macam
tanah.Then ada 2 paket apa entah.Aku tak tau nama dia.Aku gunting paket tu then tuang
atas tanah tu.Perghhh !!! wangi nak mampus ! *tutup hidung pejam mata* bertambah kuat
bau "One Drop Perfumes" -,- hasihh demi alam aku buat jugak ! *bajet mesra alam*

Then ada pulak dah 2 botol air warna kuning.Haaishh serupa macam bahan-bahan nak
buat kuih raya.Then kena gaul tanah tu semua bagi sebati.Nasib ada glove kalau
tak 7 hari 7 malam la tangan aku bau taik lembu -_-.Lepas dah sebati kena buat bentuk
bulat pulak then kena bagi kering.Nak bagi kering pulak bukan senang.

Kena ambil masa sampai 15 hari.Fuyoo.Time aku dengan kakak-kakak tu tengah buat
mud balls suddenly cikgu cakap ada memerang tengah makan kat dalam sungai tu.
Bila aku tengok ayat pertama yang keluar dari mulut aku "comel nya !!! :D"
Haha.Memerang tu tengah makan ikan.

Group aku group kedua yang siap habis buat semua mudballs tu.Haha cepat kan? :D
*bajet kerjasama dalam group*.Lepas tu satu bab pulak.Time nak cuci tangan tu kan
abang-abang and kakak-kakak tu pun berebut nak cuci tangan.Hasihh bagi la orang muda
dulu.Tak malu ka? aku bengang sikit ja -,- dah la basuh tangan serupa 5 jam.

Perut semua tengah nyanyi lagu kegemara masing-masing.Finally tiba jugak masa nak
makan :') sabar perut.Hidangannya cuma mihun.Okey la tu dari tak ada makanan.
Time tu pun mihun nampak sedap macam coklat Cadburry :D sekali lagi aku bengang
dengan kakak-kakak and abang-abang tu.

Ketua ceramah belum jemput suruh makan diorang dah serbu.Wehh tak malu ka?!
depan budak sekolah menengah pulak tu.Lebih muda dari korang kot ! semua nak
diorang first.Tak ada adap -.- aku dengan bengang *macam makan maggi slurrp*
pergi line up nak ambil makanan.

Coment aku terhadap mihun tu memang sedap.Hoho.Maklumlah perut lapar macam tak
makan seminggu.Then macam biasala teenager akan buat.Sapa pandai boleh teka? haha
yup ! snap pic la ! aku tak ketinggalan jugak :p and ceramah tu dah habis.Tapi next
week aku kena pergi balik sebab for next week aku akan naik boat ! weee ! :D

Bajet tak pernah naik boat la aku.Haha.Naik boat sambil baling mud balls yang dah
keing tu dalam sungai.Cannot wait for tomorrow ! the naik bas balik sekolah ! but
aku,Tasnim and Shalini tak study sebab cikgu bagu excused kat kami sebab penat.
Ahaha untung-untung :p cannot wait for tomorrow ! Y^_^

Wow,panjang gila beruk entry aku kali ni kan? tak silap aku ni entry aku yang paling
panjang kot kan? haha thank u so much sebab sudi baca blog aku yang panjang ni !
:* muuahh ! sayang sikit ! hihi stay tune for more tips and story from me.Bye ! :D

DaMn LoVeR..b