m
e
s
s
a
g
e
FFFFFUUUUUUUU  - Rage Face Comics

July 10, 2016

100% Not Ready


Hi peeps ! Haaa apa yang tak ready lagi tu. UPSR ? PMR ? SPM ? Semua dah lepas dah. Result pun em em Alhamdulillah hehe. Lagi 4 hari aku akan jejakkan kaki kat KUPTM KL. Entah la macam macam rasa dalam hati ni. Exited ada, sedih pun ada sebab kena pergi jauh dari rumah. Ini jugak yang kau mintak kan Syiffa. Sedih sikit nak lari jauh dari sini wakakaka ops ops.

Tapi kalau ikut logik, sampai bila aku nak terperap bawak ketiak ibu. Sampai bila semua benda ibu dengan ayah yang kena uruskan. Tak menikah la aku gamaknya. Haaa tudia diploma tak ambil lagi dah galak galak belaka dah. Berat hati nak tinggal rumah. Tambah tambah katil yang empuk. Takda tempat yang lagi selesa berbanding rumah sendiri.

Aiy belum pergi dah homesick teruk ni. Macam mana la aku nak survive tiga tahun kat sana. Ini baru sambung belajar dalam Malaysia. Ada hati mimpi nak sambung degree kat oversea gitu huhu tak salah berangan lebih tapi usaha kena ingat jugak. Kang jadi angan angan macam Pak Jenin tu. Sampai ke sudah tak dapat hasil. Bebel bebel bebel.

Barang keperluan hostel dah settle. Barang untuk kegunaan kat sana pun dah settle. Cuma ada few documents yang kena bawak pergi sekolah untuk mintak cop dari guru besar. Memang tak la aku nak masuk sekolah. Tu semua kerja ayah aku yang baik hati pergi menghadap pengetua tu huhuhu. Malas kang bertemu dengan junior junior kepochi kah kah kah joke.

Please doakan semua akan berjalan lancar. Makin dewasa ni makin banyak dugaan kena hadap seorang diri. Hope hati masih sado dengan setiap ujian yang Allah akan bagi. Hope diri ini tak mudah putus ada menuntut ilmu sampai akhir nafas. Amin

No comments: