m
e
s
s
a
g
e
FFFFFUUUUUUUU  - Rage Face Comics

July 10, 2016

100% Not Ready


Hi peeps ! Haaa apa yang tak ready lagi tu. UPSR ? PMR ? SPM ? Semua dah lepas dah. Result pun em em Alhamdulillah hehe. Lagi 4 hari aku akan jejakkan kaki kat KUPTM KL. Entah la macam macam rasa dalam hati ni. Exited ada, sedih pun ada sebab kena pergi jauh dari rumah. Ini jugak yang kau mintak kan Syiffa. Sedih sikit nak lari jauh dari sini wakakaka ops ops.

Tapi kalau ikut logik, sampai bila aku nak terperap bawak ketiak ibu. Sampai bila semua benda ibu dengan ayah yang kena uruskan. Tak menikah la aku gamaknya. Haaa tudia diploma tak ambil lagi dah galak galak belaka dah. Berat hati nak tinggal rumah. Tambah tambah katil yang empuk. Takda tempat yang lagi selesa berbanding rumah sendiri.

Aiy belum pergi dah homesick teruk ni. Macam mana la aku nak survive tiga tahun kat sana. Ini baru sambung belajar dalam Malaysia. Ada hati mimpi nak sambung degree kat oversea gitu huhu tak salah berangan lebih tapi usaha kena ingat jugak. Kang jadi angan angan macam Pak Jenin tu. Sampai ke sudah tak dapat hasil. Bebel bebel bebel.

Barang keperluan hostel dah settle. Barang untuk kegunaan kat sana pun dah settle. Cuma ada few documents yang kena bawak pergi sekolah untuk mintak cop dari guru besar. Memang tak la aku nak masuk sekolah. Tu semua kerja ayah aku yang baik hati pergi menghadap pengetua tu huhuhu. Malas kang bertemu dengan junior junior kepochi kah kah kah joke.

Please doakan semua akan berjalan lancar. Makin dewasa ni makin banyak dugaan kena hadap seorang diri. Hope hati masih sado dengan setiap ujian yang Allah akan bagi. Hope diri ini tak mudah putus ada menuntut ilmu sampai akhir nafas. Amin

June 11, 2016

Say Hi To College Life


Aku ni bukan selalu ada masa nak type blog. Okay tipu. Actually dari last two weeks aku nak buat entry tapi ada problem dengan dashboard haih. Banyak la alasan kau kan Syiffa. Hek eleh. Malas nak buat entry cakap la kah kah.

Sekarang dengan mood tengah dengar lagu piano version rasa tenang dan aman dunia nak type entry. Okay sadly nak cakap yang aku tak dapat sebarang tawaran dari upu uhuk uhuk takda rezeki kan hm takpa lah. Ayah aku siang malam risau takut aku tak diberi peluang belajar. Drama sikit ayah aku tu. Tapi aku tau dia cuma risau sebab aku satu satunya anak tunggal dia hahahaha.

Ibu dari awal dah haramkan au dari masuk form 6. Bak pepatah ibu belajar form 6 ni terlalu susah dan mencabar. Eh hello ibu budak convent boleh harungi semua tu lah ! Hek eleh riak lebih kau syiffa. Kang kena bash gigit kuku sorang sorang. One day ibu suruh buat permohonan under kolej bersekutu.

Untuk jadi anak yang baik aku pun buat ja semua permohonan tu. Lepastu aku tergerak hati nak check keputusan permohonan under kptm. Sepatutnya check lagi seminggu tapi hati tergerak nak check time tu jugak. Waktu tu subuh aku tak boleh tidur. Bila bukak ja laman web kptm tu keluar

"TAHNIAH NURJASYIFFA IMPIAN BT NOOR AZLAN ANDA DITAWARKAN MENGIKUTI PROGRAM COORPORATE COMMUNICATION SELAMA TIGA TAHUN DI KUPTM KUALA LUMPUR"

Dalam hati ni Allah ja tau betapa tergedik gediknya aku jerit sebab dapat belajar kat Kuala Lumpur. Memang dari form 1 aku galak nak duduk Kuala Lumpur sebab.... agh ada la ! Jangan fikir buruk eh pasal aku. Bangun dari katil terus serang ayah aku bagitau dapat belajar kat kuptm. Muka ayah aku time tu macam terharu gila sebab finally dia boleh stop fikir kat mana aku nak sambung belajar.

Nasib Allah gerakkan hati aku untuk check subuh tu jugak sebab masa aku check tu tinggal lagi dua hari untuk buat bayaran pengesahan kat Bank Islam. Ibu terus ambil cuti haritu then bawak aku bukak akaun Bank Islam semua. Nampak tak betapa eksaitednya ibu dengan ayah bila tau aku dapat kuptm ni. Tambah tambah dapat course yang aku minat pulak kan. 

Aku masuk next month. Cukup dua minggu lepas raya aku akan daftar diri kat Kuala Lumpur tu. Semester 1 dengan 2 wajib duduk kat hostel. Aku ada la baca pasal kuptm kat blog hakak hakak dan habang habang. Bab campus memang tak payah risau sebab semua kemudahan ada. Bab hostel ni mungkin akan jadi masalah sikit untuk orang yang takda pengalaman tinggal kat asrama macam aku ni.

Homesick ? yes maybe. Sebab aku sangat sayangkan katil aku yang sangat lah selesa ni. Lagipun aku anak tunggal. Mana suka share share benda ni. Tapi sampai bila kau nak duduk dalam situasi yang selesa syiffa, Hidup ni tak boleh stop tuntut ilmu. Rugi nanti. Eh tetibe. So aku ketepikan isu hostel tu. Manusia yang belajar situ alhamdulillah ja masih hidup sampai sekarang sihat semua.

Bab makanan pulak aku patut senyum lebar sebab luar campus kuptm tu penuh dengan gerai makanan yang murah murah. Selalunya makanan kat kl semua cekik darah kan tapi makanan area campus tu harga semua berpatutan dan banyak pilihan. Bab pengankutan pun senang. Depan campus aku ni jalan sikit dah jumpa stesen LRT. Enjoy la aku lepas ni kah kah kah. 

Awal awal dah pasang nawaitu terpesong. Pasal mall pulak lagi tak payah risau. Ada Aeon Cheras Mall, Shemelin Mall, Tesco Ampang. Ada banyak lagi tapi takpa lah nati aku duduk sana mesti dah boleh hafal. Maklum la tiga tahun kena duduk sana. Hope semua berjalan lancar hm. Paling penting dapat roomate yang satu kepala kalau tak sunyi la aku hm.

Oh lupa nak bagitau. Kenapa kuptm ? Kenapa bukan kptm ? Kuptm ni bermaksud Kolej Universiti Poly Tech Mara. Poly Tech okay bukan politeknik. Ada beza di situ. Dulu sepatutnya nama Kolej Poly Tech Mara ja. Tapi disebakan prestasi student sini semua baik baik so kolej ni upgrade dapat gelaran Kolej Universiti. Haaa gitu kau hahahahaha.

Doa yang terbaik untuk aku. Dapat pointer yang tinggi tinggi belaka. Fuh bukan senang tapi kalau dah buat sungguh sungguh sebab minat course ni In Shaa Allah dekan dalam tangan. Tudia tak masuk daftar lagi dah berangan tinggi. Tak rugi kita berangan untuk masa depan yang cerah. Tak gitu ? Hahahahaha love you all muah