m
e
s
s
a
g
e
FFFFFUUUUUUUU  - Rage Face Comics

April 5, 2012

Hari Kokurikulum So Awesome !

Assalamualaikum and Salam satu Malaysia readers sekalian.

Good morning,afternoon,evening,night and supper to you all.Tak kirala time bila
korang rajinkan diri baca blog aku ni.Fuhh happy sangat hari kokurikulum kat my
school semalam. *berdiri macam superwoman* semalam? kenapa tak updates saja
cerita ni kat blog semalam? why must today?

Alahh aku penat la.Oksigen dalam badan aku kurang sangat ni.Badan pun longlai
macam sayur yang dah expired.Eh sayur ada expired ekk? pandai-pandai saja aku
ni.Cikgu dah pesan suruh semua datang hari kokurikulum ni sebab kalau datang
hari kokurikulum ni dapat 3 kali kehadiran gerko.Plus,dah bayar duit kopun.

So,pukul 5 pagi macam tu aku dah ready nak pergi sekolah.Semangat? bukan sebab
semangat sayang oii sebab takut nanti tertinggal bas.Nanti mula la ibu aku
nak membebel dari rumah sampai sekolah.Pekak telinga aku nanti.Pukul 6 pagi
baru bas sekolah aku datang ambil.

Tempat duduk dalam bas jangan tanya aku la.Memang full.Time aku naik pun dah
ada orang berdiri dalam bas tu.Aku tak merungut sebab aku dah biasa berdiri
dalam bas *meminta simpati* haha.Tak silap aku,aku pun ada terlelap dalam
bas tu dalam 5 minit sambil berdiri.Haha.Sempat lagi tu.

Sampai sekolah terus pergi padang.Cari my friends yang lain.Kena tengok betul-
betul sebab ramai sangat students.Maklum la dari form 1 sampai form 5.Suddenly
jumpa Wan.Then,beratur semua.Aku tunggu Shuhada == " lambat betul dia ni.Dah
ambil kehadiran then kena berdiri lama gila kot.Bengang gila.

Bukan cikgu nak cakap apa pun.Suruh berdiri lama-lama. == " gagah sangat nak
suruh datang awal pagi.Jadi macam ni la.After that nyanyian lagu Negaraku.
*berdiri penuh semangat*.Aku lain sikit dari orang yang lain.Tau kenapa?
aku pakai baju st.John.Orang lain pakai baju sukan.

Bukan sebab aku tersilap pakai baju or what but aku masuk on duty st.John.
Walaupun ramai yang tak nak masuk sebab malas but aku masuk.Tau kenapa?
sebab aku nak kumpul merit.Hihi.Nanti tak adalah tertulis perkataan
"TAK BERTANGGUNGJAWAB" kat sijil SPM aku tu.Tak ada la nak menebal muka kan?

Then,ada perjumpaan orang yang on duty St.John tu.Ambil station and card.
Then,apa lagi bertugas la ! station aku betul-betul depan orang kawad kaki.
Tak adalah nanti aku tertinggal kawat kaki tu kan.Aku nak tengok jugak.
Time aku duty pulak pukul 5 sampai 5.30.Aku and senior semua doa tak nak orang pengsan.

But tak sah kan kalau orang kawat tak pengsan? sorang-sorang tumbang depan mata aku.
Haha.Aku pun jadi nervous sekali.Aku kena jaga orang pengsan tu.Suruh bukak tudung
and apa yang patut.Then,bagi diorang minum.Okey ini satu pengalaman yang baru for
aku.And aku suka kerja ni.Bukan setakat tambah merit but tambah pahala lagi.

Aku sanggup korbankan botal air aku kot.Botol yang baru lagi.Aku tak guna pun lagi.
See? betapa baiknya aku *ya Allah perasan gila aku ni * xD tak apalah aku ikhlas
bagi tu.Then before start kawat kaki semua dah serbu beli makanan.Lapar sangat latu
kan?aku pun sama.Haha.

Aku just beli roti john,maggi tomyam,cupcake and banyak la jugak aku beli.Hoho.
Lepas ni diet.No more makan banyak.Cuba teka kawat kaki sapa jadi juara? hoho.
Tempat 1 dimenangi oleh Kadet Polis.Nah..jerit la semua.Tempat ke-2 Kadet Remaja
menang.Tempat ke-3 and ke-4 aku tak tau sapa.But yang aku tau St.John last.

Tak apalah.Sekurang-kurangnya diorang dah try the best.Aku,Shuhada,Wan,Yus,Liang
and Christine semua dah plan nak masuk show.Sama-sama.Kitaorang nak masuk yang
second show tu.Suddenly Wan and Yus hilang.Entah pegi mana.So,aku just
dating dengan Shuhada.Meaning of dating tu macam lepak la okey, :P

Suddenly kakak Shuhada datang sekolah with her Indian friend.And cuba teka.
Kakak dia gila famous kot kat sekolah.Jalan pergi mana mesti dengar orang
cakap macam ni "Syazana !" then,datang peluk.Shuhada lain gila dari kakak
dia.Shuhada ni satu kelas pun belum tentu dapat kenal dia.Pelik kan?

Then,orang yang dalam first show tu cakap yang second show nanti dibatalkan
sebab tak cukup masa.Okey aku sumpah bengang gila ni.Kenapa tak inform
awal-awal kan? bagi semua orang tunggu.Aku dengan bengang terus pergi
padang.Plus kutuk cikgu.Then budak-budak first show tadi dah keluar.

Suddenly Wan dengan Yusrina datang.Aku tanya mana pergi tadi? than diorang
cakap pergi tengok first show.Aku aku lagi bengang macam orang makan
maggi berapi tu.Aku marah diorang kot.Aku cakap kenapa tak tunggu? kita
kan dah plan nak tengok sama? then diorang just diam.Tau pun salah !

Ayat paling pedih aku cakap kat diorang tau tak apa? *tak guna punya kawan*.Haha.
Nahh kena sekali dengan aku.Aku ni nampak baik and diam kat sekolah.Okey,aku bukan
nak puji diri aku.But itulah orang selalu cakap fasal aku kat sekolah.Sekali aku
dah marah jangan ingat abanglong or kakaklong aku tak berani tengking.Note that.

Then semua pujuk aku suruh cool balik.After aku dah cool baru rasa okey sikit.
Aku just lepak-lepak dengan kawan aku yang lain.Maklumlah kopun dah pokai.
Haha.Duduk diam sajala.Plus,Shuhada balik awal because kakak dia datang ambil.
Kakak dia tipu cikgu :P takda transport konon.Haha.Aku yang dengar plan kakak dia.

At last ada lucky draw.Haha.Ramai la jugak students yang kena lucky draw tu.Dalam
kira-kira 50 orang kot? cikgu pun ada.Semua orang dekat-dekat aku yang kena lucky
draw tu.Haha.But tak kena pulak dekat aku? tak apa.Maybe bukan rezeki aku.Cukuplah
dulu sekali aku dah kena.Hoho.

Khor dapat stove kot ! fuhh untung gila.Kerja masak la dia nanti.Yang paling funny
bila cikgu tunjuk hadiah bantal busuk warna pink.Suddenly cikgu sebut nama Shantani !
haha dia dah la funny plus dapat benda tu lagi semua orang gelak.Haha.Memamang hari
kokurikulum the best la this year.

Yang paling aku tak lupa,DJ sekolah bukak lagu yang best-best then satu sekolah menari
kat tengah-tengah dataran tu.Cikgu pun tak halang sebab cikgu tau kita nak enjoy.Haha
bukan selalu kan cikgu? :P okey.Panjang sungguh story aku kali ni.Thanks sangat sebab
sudi baca.Stay tune for more tips and story from me.Bye ! :D

DaMn LoVeR...