m
e
s
s
a
g
e
FFFFFUUUUUUUU  - Rage Face Comics

July 12, 2013

Hidayah Pada Bulan Ramadan


Alhamdulilah harini dah masuk hari ke lima kita semua berpuasa.Ada tak yang gatal perut tak puasa ? Eh ? Gatal perut ? Pun boleh.Haha.Actually entry kali ni mungkin akan membuat air mata aku berguguran.Cewah jiwang gitu tengah pagi buta ni.Siapa pernah bercinta ? Siapa pernah gagal bercinta ? Okay sejujurnya aku geli type macam tu tapi dalam hati aku pun ada taman :')

Yeah.Im failed again.Im to sure that he is the one for me until Jannah.Kali ni aku betul yakin.Aku terlalu percaya.Amat percaya.Allah uji aku sekali lagi.At first aku memang macam orang gila.Tak nak buat apa.Duduk dalam bilik nangis.Tweet ayat pasrah kat Twitter.Haha serius macam sakai.Life go on la Syiffa ! Doesn't matter what happen !

Pesanan aku untuk korang adalah kalau korang ada boy best friend teruskan hubungan itu sekadar kawan baik.Jangan lebih.Sumpah merana.Korang akan ingat balik setiap memori 'sakai' dalam otak.Okay aku ada lah jugak buat kajian.Cey sejak bila aku jadi profesor ? Baru 5 minit yang lepas.Aku rasa lelaki lebih suka perempuan yang pakai tudung.Err bukan rasa tapi aku yakin.

Pada awalnya lelaki akan mengambil awek seksi untuk menjadi girlfriend mereka tapi pada akhirnya lelaki akan meninggal awek seksi tersebut dan memilih wanita yang bertudung untuk menjadi isterinya.Am I right ? I think I know why Im failed in love for this time.I think so because of this.Bulan Ramadan ni banyak-banyakkan berdoa pada Allah.

Aku dapat hidayah nak try pakai tudung.Mungkin Allah tunjukkan jalan yang baik untuk aku pada bulan yang penuh dengan rahmat ni.Selalu kalau aku keluar aku selalu tengok perempuan yang tutup aurat dengan tak sempurna.Sorry to say.But is it okay pakai tudung tapi lengan pendek ? Bukan ka lengan salah satu aurat wanita ? Aurat wanita dari hujung rambut hingga hujung kaki melainkan muka dan telapak tangan.

Aku nak tegur tapi bila tengok diri sendiri aku tutup aurat pun tak sempurna.Orang yang pakai tudung berlengan pendek berganda lebih bagus dari aku.Comel tak kalau saya pakai tudung ? Ops ! ayat gedik dah keluar.So esok In Shaa Allah aku nak keluar rumah pegi bazaar Ramadan pakai tudung.Doakan aku dapat pakai tudung sepenuhnya.Bye :')

Syiffa Azlan, xoxo

3 comments:

mirza syazwina said...

kita doakan awak,teruskan niat awak tu k dear ^_^
happy baca entry ni=)

Killer. said...

Life must go on dear :)
Kalau ada niat nak berubah ke arah kebaikan, Allah mesti akan tunjuk jalannya. Stay strong. :D
>AainaaIyyo< (^,^)v

Pancing Warisan said...

uikss nak cepat raya ke..hehehe baru hari ke 4 la :) selamat berpuasa