m
e
s
s
a
g
e
FFFFFUUUUUUUU  - Rage Face Comics

August 24, 2014

Broken Heart

Tengok tajuk bunyi macam baru break dengan boyfriend. Tapi sebenarnya takda kena mengena dengan cintan cintun. Hahaha okay keluar tajuk. Broken heart sebab subjek yang paling aku tak sangka dapat markah rendah sangat ya Allah. Taktau macam mana nak cakap bila dengar cikgu sebut markah tu dalam kelas.

Rasa hati ni macam kertas kena renyuk. Kalau subjek Mathematic aku tak kisah sangat sebab result selalu atas pagar ja. Tapi ni subjek yang aku minat and subjek aku tak pernah dapat markah teruk macam ni sejak sekolah rendah. Bukan nak riak tapi mungkin ni ujian dari Allah nak tengok sejauh mana aku berusaha lagi

.
Dalam hati tadi asyik terfikir 'Apa kesalahan yang aku dah buat' 'Apa aku nak jawab dengan ibu'. Ada jugak terfikir nak salahkan cikgu. Sebab cikgu yang ajar kelas aku tu memang terlalu tegas. Maklumlah jawatan tinggi dalam sekolah. Dia kalau mark paper memang strict gila. Cikgu lain semua tetap bagi markah even ada isi.

Tapi cikgu kelas aku ni semua nak kena ikut apa dalam kepala dia. Ya Allah, tolong la faham. Kami ni still student kot. Masa ni la kami still kena belajar dan memperbaharui yang mana salah. Bila fikir dua kali tak baik pulak nak salahkan cikgu. Nanti tak berkat ilmu tu. Cara yang baik redha ja dengan ujian Allah ni.Nanti Allah akan bagi berkali ganda lebih baik.

Lagipun ni baru ujian bulan Ogos. Takpa nanti ujian final exam aku nak buktikan kat cikgu tu yang aku boleh dapat markah tinggi balik. Amin

Syiffa Azlan, xoxo

1 comment:

Unknown said...

It's okay dear ^^ Nanti boleh try harder. Dont give up :)