m
e
s
s
a
g
e
FFFFFUUUUUUUU  - Rage Face Comics

August 26, 2014

Loop Bands


Sapa kat sini pernah dengar perkataan 'Loop Bands' tu ? Bagi yang ikut fashion terkini mesti dia tau. Okay bagi yang taktau aku takmau korang perah otak bayang benda apa tu. Hehe ni gambar Loop Bands 


Loop Bands ni sebenarnya getah yang boleh meregang la lebih kurang. Tapi bukan getah yang ikat nasi lemak tu hahaha getah ni material khas untuk buat Loop Bands. Setakat ni tak pernah la dengar sapa pakai Loop Bands ni gatal tangan atau tangan tercabut. Kalau pakai lama lama pun langsung tak tinggalkan bekas kat tangan.

Loop Bands ni ada macam macam jenis warna. Kita boleh pilih dua warna yang kita suka untuk hasilkan Loop Bands sendiri. Harga normal untuk Loop Bands ni murah ja tak mahal. 

Bracelet - RM 2
Necklace - RM 3
Ring - RM 1
Keychain - RM 1

Haaa selalu tengok orang buat Loop Bands ni sebagai bracelet dengan necklace ja kan ? Kalini ada kelainan sikit. Kita boleh buat Loop Bands ni sebagai keychain. Baru rare ! hahaha tapi kalau taknak beli korang boleh buat sendiri Loop Bands ni. Macam mana ?

Kebanyangkan dekat kedai semua ada jual dah Loop Bands ni tapi bukan jual  yang sedia ada. Kita kena buat sendiri Loop Bands tu guna 'tools' yang ada dalam kotak tu. Kotak mana pulak... haaaa jangan perah otak lagi. Kotak tu macam ni


Kalau taktau macam mana nak buat Loop Bands tu jangan risau. Dalam kotak tu ada instruction yang ajar kita cara nak buat. Lagipun zaman 'anti sosial' ni kan kaya dengan penggunaan internet. Haaa search ja kat Youtube kalau nak buat design yang lebih menarik

Syiffa Azlan, xoxo

No comments: