m
e
s
s
a
g
e
FFFFFUUUUUUUU  - Rage Face Comics

December 10, 2015

Freshie Spm


Hi semua ! 
Ya Allah dah lama aku tak update blog ni lol. Selama ni selalu jugak tak update tapi kali ni macam dah terlalu lama sangat. Maybe satu tahun dah tak on ? Aku tengok jumlah viewer blog aku pun turun mendadak. Dah takda orang nak blog walking kat blog aku huhu. Last blog walking pun bulan May haritu. Yalah kan sapa nak visit blog yang dah berhabuk hahaha. As some of my followers know yang aku spm candidates tahun ni. Aku tak on pun bukan sebab aku busy study sangat cey. On whatsapp dengan twitter. Tu ja kerja aku ish ish. Entah sampai bila nak berubah Syiffa oi.

Life aku pun dah banyak berubah. Ah ! usah dikenang perkara lalu acey sado dah lani. So hari ni dah masuk 9 hari aku tamat spm. Spm quite hard lah sebab kerajaan kata banyak kbat semua tu tapi haram takda pun. Fakta semata mata hm but Alhamdulillah I still can manage jawab semua paper. Semenjak habis spm ni aku rasa hidup tak menentu gila. Tidur lambat. Bangun lambat. Makan lagi tak terurus. Mandi ? Heh jangan cakap buat malu kaum perempuan ja ergh.

Lepas habis spm ni jugak hati aku selalu rasa exited lebih. Aku la yang paling kalut whatsapp certain senior tanya pasal upu la, cara nak apply uni, uni mana paling bagus. Aku siap buat research lagii tentang kos yang bakal aku ambil ha amacam ! Bersemangat kan. Tapi takut jugak sebab aku pulun search itu ini tetiba tak dapat tawaran mana hm ya Allah mintak simpang. Sambung form 6 pun takpa but lagi bagus dapat masuk uitm atau uni.

So far course yang paling aku minat is Mass Communication. Sebab dari form 1 aku ni jenis suka buat presentation kat depan kelas. Kawan aku cakap aku ni jenis suka nak attention orang hahahaha. Aip attention dari segi yang baik okay bukan attention batak semua tu huk huk, Ada kata aku pelik sebab jenis suka bercakap depan orang. Tapi tu minat aku. My skill is "speaking". Kalau tak aku takkan masuk Choral Speaking siap jadi johan peringkat negeri you alls *riak*. Okay aku baru tunjuk yang aku jenis suka attention. K malu lupakan.

Bukan Mass Communication ja yang aku minat. Ada lagi beberapa bidang yang lain. Cuma entah la aku rasa tak yakin dengan benda yang aku minat. Ujian kerjaya ? dah buat. Hasilnya aku lebih minat ke arah perniagaan, komunikasi dengan pengurusan. Nak tengok list kerjaya yang aku pilih ? hehehe

  • Mass Communication
  • Multimedia (Teknologi Maklumat)
  • Keusahawanan
  • Pengurusan Sumber Manusia
  • Pengurusan Teknologi Pejabat
  • Sains Kejururawatan
Ada 6 bidang ja yang aku rasa sesuai setakat ni. Okay jangan gelak kat aku bila tengok bidang yang last sekali tu. Entah kenapa aku suka bau hospital okay aku mula jadi pelik hahaha aku ada sorang cousin ni yang jadi nurse. Cara dia cerita kat aku tentang praktikal dia semua macam seronok tapi entah la. Mungkin seronok bagi dia dan bukan aku. I just found out something pasal bidang Mass Communication ni yang buat aku agak kecut perut.

Sebelum masuk bidang MassCom ni nanti akan ada satu INTERVIEW. Agh ! sapa ja tak nervous bab dengar interview ni hm. Aku punya la view blogger yang pernah kena interview dulu. Diorang cakap interview ni ada dua bahagian. Satu betulisan dan satu lagi lisan. Dua dua kena dalam English. Aku rasa aku takda masalah sangat nak cakap atau tulis dalam English tapi aku takut nanti aku stuck atau gagap. Ya lah kan gemuruh jugak aku ni haih. Apa apa pun please la doakan yang terbaik untuk aku bagi result spm ni. Amin.












3 comments:

Amirah Azman said...

datang singgah sini dar http://eira-shamiera.blogspot.my/ .. saya pon baru habis SPM jgk.. harap kita dua dapat lanjutkan pelajaran dlm bidang masing2.. :)

Acuyuhan said...

hi perkongsian menarik.. done follow, follow me back :)

Anonymous said...

Salam,

My name is Norain from ZALORA Malaysia. I would like to offer you to do a collaboration with us. Feel free to drop me an email at norain@my.zalora.com

Thanks :)